Parlimen: Kos buku Mari Kenali Sawit dipertikai

Parlimen: Kos buku Mari Kenali Sawit dipertikai

Ahli Parlimen DAP dakwa pemimpin UMNO sengaja enggan sokong pengundian SOSMA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menuntut jawapan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan bekas menterinya  berhubung kos pencetakan buku Mari Kenali Sawit

Teresa berkata kos bagi sebuah buku itu telah menelan kos sehingga RM13.30 sen sedangkan terdapat syarikat pencetakan yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk jenis buku sama. 

“Soalan saya, saya dan ramai MP ada pengalaman untuk mengeluarkan buku iaitu kosnya. Bagaimana buku macam ini boleh menelan kos sehingga RM13.30 untuk sekolah rendah?

“Walaupun dinyatakan di sini, kos itu termasuk penghantaran ke pejabat pendidikan daerah di semua negeri tetapi kalau setakat pejabat daerah sahaja, kenapa sehingga RM13.30 sen?

“Untuk sekolah menengah pula kosnya adalah RM19.30 sen. Saya pernah menyemak dengan sebuah syarikat penerbitan dan percetakan Kuala Lumpur, buku seperti itu kurang RM3,” katanya semasa sidang media di Bangunan Parlimen. 

Katanya, itu adalah satu projek di bawah Majlis Minyak Sawit Malaysia di bawah bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin.  Dijelaskan sebanyak 210,000 diedarkan di sekolah rendah dan 62,475 buah buku untuk sekolah menengah.

Tambahnya, buku itu iedarkan di 144 pejabat pendidikan daerah di seleuruh negara. Setiap sekolah rendah menerima 27 buah buku dan 25 buku bagi setiap sekolah menengah. 

Berdasarkan jawapan yang diterima Teresa pada sesi Parlimen Julai tahun lalu, seluruh projek ini, melibatkan kos hampir RM4 juta ringgit daripada Majlis Minyak Sawit Malaysia. 

“Saya setuju untuk menyebarkan maklumat mengenai maklumat sawit kepada murid sekolah tak kan la dengan harga macam ini. Sebab itu dalam Dewan Rakyat tadi saya minta menteri perlu siasat dan umum pada semua. 

“Mungkin juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu campur tangan untuk tahu adakah ini boleh diterangkan, kementerian perlu juga beritahu kepada dewan sama ada semua buku ini sudah diedarkan keseluruhannya,” katanya. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya