Pahang jumpa Selangor di final - Utusan Malaysia

Pahang jumpa Selangor di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pahang dan Selangor melakukan kejutan apabila layak ke final Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Ke-37 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di sini.

Kedua-dua pasukan itu menyingkir juara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan naib juara lalu, Johor dalam perlawanan separuh akhir petang tadi.

Pahang mara ke final selepas mengatasi Johor 37-32 dalam perlawanan sengit dan mendebarkan sementara Selangor pula menyingkir juara bertahan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 30-22 untuk layak ke perlawanan akhir.

Selangor yang berhempas pulas pada pusingan awal dan suku akhir beraksi cemerlang ketika menentang bekas juara itu.

Sebanyak 14 pasukan menyertai kejohanan itu yang bermula sejak Rabu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya