Padam gambar, ciapan undang teka teki - Ella beri bayangan bersara? - Utusan Malaysia

Padam gambar, ciapan undang teka teki – Ella beri bayangan bersara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Terima kasih untuk 35 tahun.”

Ringkas namun ciapan yang dimuat naik ratu rock negara, Ella semalam menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila ramai yang mendakwa penyanyi tersebut memberi bayangan mahu meninggalkan dunia seni.

Ruangan balas ciapan tersebut juga dibanjiri dengan komen peminat yang bertanyakan keadaan terkini serta maksud ucapan terima kasih yang dimuat naik penyanyi itu.

“Bukan kecewa. Maju jaya untuk semua. Tanda pagar peace love rindu,” tambah Ella.

Penyanyi Pengemis Cinta itu juga telah memadam semua gambar di Instagram sebelum memuat naik gambar sama (ucapan terima kasih) di platform media sosial tersebut.

Rata-rata peminat termasuk rakan artis memberi kata-kata semangat dan meminta agar legenda rock negara itu tidak berhenti daripada dunia seni.

“Jangan pernah berhenti, terus sukses,” komen pelawak, Zizan Razak.

Malah, ada juga yang meminta agar Ella mengadakan satu konsert berskala mega sekiranya benar keputusannya untuk bersara daripada industri seni.

Setakat ini, Ella atau pengurusannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara yang mengejutkan pelbagai pihak itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.