Operasi tangkap, pindah gajah sesat lancar

Gajah jantan sesat dipindahkan ke Tasik Kenyir

KAKITANGAN Unit Tangkapan Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Perhilitan menggunakan dua gajah denak untuk menjinak serta memindahkan seekor gajah liar sesat berhampiran Taman Pandan Damai, Kuantan, Pahang. - MINGGUAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEEKOR gajah liar dianggarkan berusia 40 tahun dan dipercayai tersesat di hutan berhampiran Taman Pandan Damai, Kuantan, Pahang sejak petang Isnin lalu, dihantar ke Konservasi Gajah Kenyir di Tasik Kenyir, Terengganu.

Gajah jantan diberi nama Pandan itu ditangkap 13 kakitangan Unit Tangkapan Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) dibantu lapan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.

Dua ekor gajah denak bernama Abot dan Rambai digunakan dalam usaha menjinakkan gajah liar terbabit untuk melancarkan proses pemindahan.

Operasi memindahkan gajah itu bermula petang kelmarin dan penghantaran ke Terengganu dilakukan pada sebelah malam kerana sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP), kenderaan membawa haiwan seperti gajah liar hanya boleh bergerak pada waktu berkenaan.

Gajah jantan itu dipercayai tersesat dari Bukit Goh dan menjadikan Hutan Simpan Cerul sebagai kawasan habitat semulajadi malah turut difahamkan haiwan itu menyusur sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), sebelum tiba di perumahan berkenaan. – UTUSAN
.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya