Nazir wanita pertama masjid di Selangor - Utusan Malaysia

Nazir wanita pertama masjid di Selangor

Nazir
MOHAMMAD Radzi Mohd. Zin bersama Noor Inayah Yaakub antara penerima watikah pelantikan imam dan nazir dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan  Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor dekat Istana Alam Shah di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Selangor melantik nazir wanita masjid pertama dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid negeri ini oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Datuk Profesor Dr. Noor Inayah Yaakub menjadi satu-satunya wanita di Selangor dilantik sebagai Nazir Masjid Ikram dekat universiti itu di Bangi bagi sesi 2023 hingga 2025.

Menurutnya, pelantikan tersebut membuktikan wanita boleh memainkan peranan dalam pengurusan dan pentadbiran masjid serta menyusun program dan aktiviti pembangunannya untuk manfaat penduduk setempat.

“Alhamdulillah, saya menerima lantikan dengan rasa bersyukur kepada Allah SWT, kerana saya difahamkan pada tahun ini hingga 2025, satu-satunya nazir yang dilantik di Selangor bagi sebuah masjid institusi iaitu masjid di IUKL.

“Kerana kita melihat bahawa pengurusan masjid itu tidak memberikan apa-apa sekatan sekiranya wanita menjadi peneraju. Kerana wanita masih mengharapkan ahli-ahli jawatankuasa masjid selain wanita untuk sama-sama memaju dan memakmurkan masjid itu sendiri,” katanya ditemui seusai istiadat tersebut di Istana Alam Shah.

Selain beliau, antara penerima watikah adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Proton, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir masing-masing dilantik sebagai Nazir di Masjid An-Nur dan Masjid Al-Falah Subang Jaya.

Turut menerima watikah adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia, Mohammad Radzi Mohd. Zin yang dilantik oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor sebagai Imam 1 di Masjid An-Nur Saujana Utama, Sungai Buloh.

Sementara itu, Mohammad Radzi memaklumkan, pemberian watikah itu sebagai satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sultan Selangor untuk memastikan masjid dapat dimakmurkan dan terus menerima peningkatan jemaah.

“Ini adalah satu amanah dan sebagai imam yang dilantik saya perlu laksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin supaya penduduk setempat mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada masjid yang diimarahkan.

“Insya Allah, itu yang perlu dilakukan kerana Sultan Sharafuddin turut bertitah supaya masjid menjadi pusat beribadat umat Islam dan pusat keilmuan, pusat dakwah serta pusat kemasyarakatan umat Islam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.