DUNGUN: Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Jerangau di sini yang menghidap penyakit jantung kronik tetap ceria dan bersemangat hadir ke sekolah seawal pukul 7 pagi semalam. Muhammad Danial Asyraf Aziz, 9, yang mempunyai masalah jantung serta tidak mempunyai limpa sejak lahir bangun seawal pukul 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Ibunya, Suzira Abdul Rashid, 36, berkata, penyakit kronik yang dihidapi anak sulung daripada empat adik beradik itu…









