Murid ceria disambut Mickey, Minnie Mouse dan Bumblebee - Utusan Malaysia

Murid ceria disambut Mickey, Minnie Mouse dan Bumblebee

MASKOT Mickey, Minnie Mouse dan robot Bumblebee menyambut kehadiran murid pada hari pertama persekolahan SK Meru Raya Ipoh hari ini. - UTUSAN/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hari pertama sesi persekolahan 876 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini hari ini diceriakan dengan kemunculan dua maskot Walt Disney, Mickey dan Minnie Mouse serta robot Bumblebee.

Kehadiran tiga karakter kegemaran ramai itu bukan sahaja mencuit hati, malah berjaya menghilangkan rasa gemuruh terutama kepada 143 murid tahun satu yang pertama kali memulakan persekolahan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, seawal pukul 6.30 pagi, murid-murid tiba di sekolah tersebut dengan dihantar ibu bapa dan penjaga masing-masing di luar pagar sekolah.

Rata-rata murid tahun satu juga dilihat ceria dengan berpakaian kemas tanpa sebarang adegan tangisan mahupun tarik menarik untuk mengikut ibu bapa pulang.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Mohamad Fauzi Mahson berkata, seramai 342,482 pelajar daripada 1,105 sekolah rendah dan menengah di Perak memulakan sesi persekolahan hari ini.

Katanya, jumlah itu melibatkan 191,260 pelajar dari 852 sekolah rendah dan 151,222 pelajar dari 253 sekolah menengah.

“Daripada jumlah itu, seramai 24,091 orang merupakan murid tahun satu manakala 24,916 orang pula adalah pelajar tingkatan satu.

“Sesi persekolahan hari ini berjalan lancar, meskipun sedikit sibuk dengan kehadiran ibu bapa yang teruja menghantar anak, keadaan bagaimanapun terkawal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau sesi persekolahan di SK Meru raya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.