Muhyiddin tak mengaku pengubahan wang haram RM195 juta

Muhyiddin mengaku tidak bersalah gubah wang haram RM195 juta

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram wang berjumlah RM195 juta.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerima wang tersebut daripada sebuah syarikat di antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022 di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stensen Sentral, Kuala Lumpur yang mana wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun parti termasuk.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang
daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta atau mana lebih tinggi. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya