Muhyiddin selesai beri keterangan selepas sembilan jam

Muhyiddin selesai beri keterangan selepas sembilan jam

MUHYIDDIN Yassin bercakap dalam sidang akhbar selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sebentar tadi.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilihat keluar pada pukul 8.20 malam tadi selepas hampir sembilan jam diambil keterangan oleh SPRM.

Sejurus keluar, Muhyiddin terus mengadakan sidang akhbar kepada pengamal media dan membacakan kenyataan akhbar empat muka surat yang berlanjutan lebih 12 minit.

Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pukul 11.15 pagi tadi bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sebelum itu, SPRM menerusi kenyataan akhbar petang tadi memaklumkan, Muhyiddin ditahan pukul 1 petang tadi selepas hadir memberi keterangan dan dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

Sehubungan itu, SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok pagi dan bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya