Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan ketujuh - Utusan Malaysia

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan ketujuh

Muhyiddin
MUHYIDDIN Yassin tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah SSAAS bagi menghadapi pertuduhan ketujuhnya dekat Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Beliau membuat pengakuan sama dalam kandang tertuduh atas pertuduhan ketujuhnya itu selepas mengangguk faham sebaik sahaja dibacakan dihadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yassin dituduh menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM5 juta daripada sebuah syarikat melalui akaun AmBank milik Parti Bersatu.

Presiden Bersatu itu didakwa melakukan kesalahan itu dekat sebuah cawangan bank di Petaling Jaya pada 7 Januari tahun lalu.

Justeru, beliau dituduh di bawah seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan dikendalikan pasukan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya diketuai, Ahmad Akram Gharib, Mohd. Fadhly Mohd. Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

Sementara pasukan pembelaan pula diketuai Datuk K. Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Salleh Mohamed Garbaa, Mohd. Isa Mohamad Basir, Shahir Ab. Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.

Jumaa lalu, bekas Timbalan Presiden UMNO itu berdepan enam pertuduhan membabitkan salah gunakan kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta.

Salah satu pertuduhan yang dikenakan didakwa dilakukan sejak pada hari pertama beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kelapan iaitu pada 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Hakim Azura Alwi kemudian membebaskan Muhyiddin dengan jaminan sebanyak RM2 juta bersama dua orang penjamin warga tempatan serta diperintah menyerahkan pasport antarabangsa untuk disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya