MPKB-BRI kutip sampah 430 tan sehari di bulan Ramadan

MPKB-BRI kutip sampah 430 tan sehari di bulan Ramadan

ROSNAZLI Amin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengutip sebanyak 430 tan sampah setiap hari di bulan Ramadan berbanding 350 tan pada hari-hari biasa

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, peningkatan sehingga 23 peratus itu bermula awal Ramadan lalu melibatkan sisa-sisa makan berbuka puasa dari pengguna dan peniaga.

Menurutnya, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri MPKB-BRI menjangkakan sampah kekal seperti perabot lama iaitu sofa, almari dibuang di kawasan yang tidak sepatutnya.

“Tindakan itu menyebabkan lori kompaktor tidak dapat mengangkat sampah berkenaan. Jadi kita berharap agar penduduk terutama di kawasan perumahan dan rumah pangsa supaya memaklumkan kepada MPKB-BRI untuk penyelarasan kutipan barangan berkenaan di kawasan masing-masing.

“Kita difahamkan apabila hampir dengan Aidilfitri kebanyakan perantau yang pulang ke kampung akan menukar perabot baharu manakala lama mereka buang,”katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung peningkatan pembuangan sampah sepanjang Ramadan ini.

Rosnazli memberitahu, pihaknya akan mengenakan caj untuk pengangkutan perabot lama terhadap penghuni antara RM20 hingga RM30.

Katanya, perkhidmatan julung kali yang diperkenalkan itu akan menggunakan lori biasa bagi menggelakan kompaktor mengalami kerosakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya