Mohd. Zuki dahului 22 penerima darjah kebesaran, pingat Perak - Utusan Malaysia

Mohd. Zuki dahului 22 penerima darjah kebesaran, pingat Perak

MOHD. Zuki Ali menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali hari ini mengetuai senarai 22 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mohd. Zuki, 61, dikurniakan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Nazrin yang disambut pada 4 November lalu.

Pada istiadat pengurniaan sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dikurniakan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri di samping Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak.

Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 14 tokoh terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Mahkamah Utama Syariah Perak, Ab. Rahman Thobroni Mohd. Mansor; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke London, Kementerian Luar Negeri, Datuk Zakri Jaafar; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Rosli Isa; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Anis Rizana Mohd. Zainudin dan Ketua Pengarah Arkib Negara, Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Penerima lain yang menerima DPMP ialah Pengarah Pejabat Pembangunan Perak, Shamshuzaman Sulaiman; Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu Jabatan Kerja Raya, Ir. Zulkipli Nasri; Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Ker Hong Bee dan Ketua Jabatan Bedah Kardiothorasik Institut Jantung Negara, Dr. Alwi Mohamed Yunus.

Lain-lain penerima DPMP ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Universiti Sunway, Dr. Lee Fuh Yen; Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd., Mubarak Ali Gulam Rasul dan Yang Dipertua Persatuan Eurasian Selangor dan Wilayah, Shiela Eleanor De Costa.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Allahyarham Profesor Datin Dr Mehrun Siraj menerima secara anumerta darjah DPMP yang diwakili suaminya, Datuk Sulaiman Abdullah.

Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan kepada lima penerima.

Mereka ialah Grup Jurutera Medan Markas Pemerintahan, Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Abdul Hamid Mohd. Isa; Penasihat Pertahanan ATM, Brigedier Jeneral Safwan@Asri Ismail; Kor Kesihatan Diraja Markas Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Dr Mohd. Ghazalli Mohd. Taha; Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Muda Abd. Halim Shaari dan Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, Senior Asisten Komisioner Shazeli Kahar.

Berangkat sama pada majlis istiadat itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Aezer Zubir.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin kali ini, seramai 212 penerima telah mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak di mana daripada jumlah itu, seramai 22 individu menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya