Mentega Terbang di luar kuasa LPF

Mentega Terbang di luar kuasa LPF

mentega terbang
KDN mengharamkan penayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tayangan atau penstriman filem ‘Mentega Terbang’ adalah di luar bidang kuasa mereka.

LPF menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, semakan mendapati, filem tersebut tiada dalam rekod penapisan LPF dan ia ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet).

“Bagaimanapun, LPF sentiasa peka dan komited dalam memastikan unsur-unsur negatif termasuk elemen bertentangan akidah dalam filem dapat dicegah daripada disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara konvensional kepada masyarakat umum di Malaysia,” katanya.

Katanya, LPF kini sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung dengan filem itu.

Jelas LPF lagi, memandangkan tiada kelulusan LPF dikeluarkan ke atas filem itu untuk tujuan tayangan umum, namun aduan boleh disalurkan jika ia ditayangkan secara konvensional di mana-mana premis.

LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk Mentega Terbang yang telah mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia.

Secara dasarnya, LPF melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem kepada masyarakat umum kecuali melalui internet.

Kebiasaannya, LPF akan meneliti dan memberi perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010 merangkumi aspek keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan; sosiobudaya dan ketertiban.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati kandungan filem Mentega Terbang bertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mahu Jakim mengemukakan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya tindakan undang-undang dapat diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya