Menang ketua bahagian UMNO, Ahmad Bashah ulang pendirian tidak mahu jadi calon PRN

Menang ketua UMNO bahagian, Ahmad Bashah ulang pendirian tidak mahu jadi calon PRN

AHMAD Bashah Md. Hanipah bersama ahli UMNO Bahagian Alor Setar selepas diumumkan sebagai pemenang bagi jawatan Ketua UMNO bahagian itu di Dewan MBAS, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengakui terharu dan tersentuh dengan kepercayaan diberikan kepada beliau untuk kembali memimpin UMNO Bahagian Alor Setar. 

Dalam masa sama, Ahmad Bashah sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat menjadi calon dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. 

Katanya, beliau tetap berpandangan bahawa peluang harus diberikan kepada muka-muka baharu ketika dirinya sudah tidak berhasrat untuk mengejar apa-apa jawatan pada usia 73 tahun. 

“Saya sudah cakap tentang perkara ini sejak sebelum pemilihan lagi dan apabila sudah menang, saya tetap berpegang kepada pendirian itu. Tetapi apabila saya kata begitu, ada pula yang tanya kalau pimpinan parti di atas paksa (jadi calon) bagaimana pula?

“Saya rasa yang itu kita fikir kemudian. Kalau dari sudut peribadi, memang saya tak mahu dan cukup-cukuplah saya bertanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas diumumkan sebagai pemenang jawatan tersebut di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini, malam tadi. 

Beliau memperoleh 306 undi daripada perwakilan sekali gus membolehkannya menewaskan pemangku jawatan tersebut, Zambri Mat, 44, yang hanya menerima 141 undi. 

Menurut Ahmad Bashah, perkara pertama yang mahu dilakukannya setelah sah memegang jawatan itu adalah mengharmonikan semula UMNO Bahagian Alor Setar dan mencari jalan bagi memperkukuh cawangan-cawangan di bahagian itu. 

“Kita yang menang ini tidak menang semua dan mereka yang kalah itu pun, tidak kalah semua. Jadi matlamat saya adalah harmonikan semula bahagian dan cantumkan semula semuanya agar UMNO bahagian ini kembali kukuh. 

“Cawangan-cawangan UMNO juga perlu diperkasa supaya pengundi yang hendak kita menangi hati mereka ada di situ. Kalau mereka tidak bergerak, mana mungkin pengundi tahu apa yang sebenarnya UMNO lakukan dan itu sudah tentu mempengaruhi mereka membuat pilihan ketika mengundi dalam PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) nanti,” katanya. 

Ditanya adakah beliau memiliki masa yang mencukupi untuk kembali memperkasa UMNO Alor Setar ketika PRN hanya akan berlangsung dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi, Ahmad Bashah berkata, apa yang penting adalah usaha untuk melaksanakannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya