Memandu bawah pengaruh dadah sehingga kemalangan - Utusan Malaysia

Memandu bawah pengaruh dadah sehingga kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara terlelap selepas memandu di bawah pengaruh dadah menyebabkan sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki hilang kawalan dan melanggar tiga kenderaan di Jalan Ipoh, Batu 5 menghala ke Batu Muda, dekat sini Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku apabila lelaki berusia 25 tahun memandu kenderaan jenis Nissan Sentra berwarna perak terlelap dan melanggar belakang sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, akibat kejadian tersebut, lori itu bergerak ke hadapan dan melanggar sebuah motosikal di lorong sama menyebabkan penunggang motosikal terjatuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, kemalangan berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Kata beliau, anggota polis trafik yang sampai ke tempat kejadian melihat pemandu dan penumpang Nissan Sentra berusia 32 tahun dalam keadaan mencurigakan dan tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua individu itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine, ketamin, erimine 5, ampetamin dan ganja (THC) selepas menjalani ujian saringan air kencing di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Kedua-dua individu itu ditahan dan disiasat oleh IPD Dang Wangi,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya