Meluat dengan perangai serba tahu

Meluat dengan perangai artis serba tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKLIP sebenarnya tidak menyangka rupanya pelakon dan penyanyi wanita ini ada sisi yang menjengkel. Yelah, mungkin sebelum ini kami bertemu hanya atas dasar rakan media dan artis.

Jadi hubungan itu sekadar tanya dan jawab. Tak lebih, tiada perkongsian hal rumah tangga atau gosip-gosip industri seni. Tapi bila ada yang menyampai tentang perangai serba tahu pelakon itu, Poklip pun rasa jengkel.

Bukan apa, pelakon itu sememangnya dikenali dengan imej yang lemah lembut dan sopan santun. Cara dia melayan suaminya pun memang tip top. Walaupun suaminya selalu bikin perangai.

Tapi bukan itu kisah yang Poklip dengar. Khabarnya ramai yang sudah mengadu serik bekerjasama dengan pelakon dan penyanyi itu. Perangai serba tahu dan bodoh sombong dia buat orang meluat.

Mana tidaknya, bila ada kerjasama dengan penyanyi lain untuk satu-satu persembahan, dia yang terpaling tahu semua. Apa sahaja keputusan, dia akan memuktamadkan. Tiada bantahan diterima.

Malah, salah seorang rakan duetnya dalam satu persembahan baru-baru ini turut tersinggung dengan sikap ‘aku ketua’ nya itu. Baru nak lontar idea, dah kena tolak awal-awal. Sebab bukan idea dia.

Pemilihan lagu, konsep atau kedudukan persembahan pun dia tentukan. Macam dia pula penerbit program tersebut. Padahal rakan duetnya bukan calang-calang, tetapi tetap diayam-ayamkan.

Tetapi disebabkan malas hendak bergaduh dan bermasam muka, rakan-rakan duetnya ikutkan sahaja. Bukan apa, mereka tak perlu beria-ia tunjuk hebat. Masing-masing ada pengikut dan peminat tersendiri.

Bakat mereka juga tidak akan dipersoal. Lainlah kalau si  polan itu, sekadar berdiri atas kontroversi, lakonan dan nyanyian pun entah ke mana. Jadi jangan nak buat perangai serba tahu, meluatlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.