MB Pahang dahului 'lumba' Naib Presiden UMNO - Utusan Malaysia

MB Pahang dahului ‘lumba’ Naib Presiden UMNO

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului bagi perebutan jawatan Naib Presiden UMNO dengan 10 undian dan meninggalkan tujuh pesaingnya yang lain, setakat 6 petang ini.

Antara yang mengikuti rapat adalah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan sembilan undi dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula meraih tujuh undi.

Sementara itu, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula dengan lima undi meninggalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang meraih empat undi.

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula meraih tiga undi; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad (1) dan Dr. Mohd Yusof Musa pula tidak meraih sebarang undi.

Dalam perkembangan lain, jawatan Pengerusi Tetap didahului oleh Tan Sri Badruddin Amiruldin dengan 12 undi meninggalkan pesaingnya, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin yang meraih satu undi.

Bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap didahului oleh Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah dengan sembilan undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya