Masalah kesihatan punca utama nama Aaron Aziz digugurkan - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Masalah kesihatan punca utama nama Aaron Aziz digugurkan – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit, Syamsul Yusof menjelaskan keputusan menggugurkan pelakon, Aaron Aziz daripada filem The Original Gangster adalah disebabkan masalah kesihatannya.

Kongsi Syamsul, nama Aaron juga digugurkan kerana beberapa sebab lain antaranya usia dan saiz fizikal yang mengundang pelbagai kebimbangan dalam kalangan penerbit dan pelakon lain.

Katanya, keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama rakan penerbit lain, pelakon dan kru yang terlibat.

“Minta maaf tetapi saya perlu jelaskan perkara sebenar. Penerbit sudah berbincang dan menasihati saya bahawa Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk. Saya minta beri Aaron masa.

“Sebab Aaron sudah berjanji boleh kuruskan badan dan menjalani latihan intensif. Saya berbincang dengan beberapa orang penerbit bahawa saya sanggup ‘extend’ waktu penggambaran untuk beri masa pada Aaron.

“Tetapi sebagai seorang sahabat, saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana dia ada slipped disc. Jika ada apa-apa yang berlaku nanti saya pula yang akan dipersalahkan,” jelasnya.

Pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, keputusan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada beberapa pelakon lain antaranya Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy yang tidak yakin dengan Aaron kerana kondisi kesihatannya.

“Sebelum menjalani penggambaran, kita ada proses latihan. Ada beberapa pelakon dan kru memaklumkan Aaron ada masalah sewaktu sesi latihan termasuklah isu disiplin. Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni.

“Tetapi saya terpaksa cakap. Semua orang ada masalah dengan dia. Tetapi saya masih ingin berikan dia peluang kerana saya faham dia tengah sakit. Mereka juga ada berkongsi video sesi latihan dengan saya.

“Namun setelah berbincang, memang kita tidak boleh buat apa-apa. Masalah kesihatan ini tidak boleh dibuat main,” kongsinya.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak itu turut menjelaskan dia sendiri menghubungi Aaron untuk memaklumkan keputusan itu namun mendapat respon dingin daripada pelakon tersebut.

Malah, Syamsul turut meluahkan rasa terkilan apabila pelakon kelahiran Singapura itu memperbesarkan masalah tersebut ketika dia sedang bergelut dengan kemelut rumah tangganya.

“Saya hubungi dia dan minta maaf kerana terpaksa menggugurkan nama dia walaupun saya sayangkan dia. Sayalah orang pertama yang nakkan dia jadi hero filem ini, I still believe in Aaron Aziz.

“Tetapi nak buat macam mana, mungkin kerana faktor usia dan kesihatan. Ketika itu dia melantun. Dia cakap ini mesti keputusan daripada pihak saya. Tetapi saya cakap saya tak boleh buat apa-apa. Saya dah cuba pujuk dan lakukan yang terbaik.

“Dia minta saya mohon maaf dengan dia, jangan sampai aib saya dia buka. Apa benda ni? Inikah Aaron Aziz yang aku kenal selama ini? Hero yang aku pandang tinggi?

“Lepas itu perli-perli saya. What are you talking about? Nak saya jumpa dia dan minta maaf. Atas sebab apa? Saya tak faham.

“Secara umum saya cakap, kita sebagai seorang selebriti kalau rasa nama dah goyah atau jatuh, nombor satu kena percaya rezeki Allah. Kita cuba buktikan dengan hasil kerja. Bukan cari jalan macam mana nak naikkan nama balik dengan menunggang kisah orang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya