Mara pertimbangkan permintaan balu ASP Zulkifli - Utusan Malaysia

Mara pertimbangkan permintaan balu ASP Zulkifli

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mempertimbang permohonan anak Allahyarham Asisten Superintenden Zulkifli Mamat untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengorbanan Allahyarham Zulkifli dalam tragedi berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu, sangat besar kepada negara.

“Perkara ini perlu diberi pengiktirafan dan saya amat berbangga anaknya, Noorakmal Amiruddin Zulkifli, 15, memilih MRSM sebagai pilihan pertama untuk belajar.

“Kita sebenarnya tiada apa-apa maklumat mengenai ini, selepas berita tersebut keluar dua hari lepas, baru pihak kami menghubungi ibunya, Nooraziah Noor untuk mendapat gambaran sebenar cerita tersebut.

“Noorakmal kini 15 tahun, dia boleh melakukan permohonan kemasukan pada September ini bagi kemasukan tahun hadapan dan maklumkan kepada kita untuk diambil perhatian.

“Bagaimanapun, ada kriteria minimum untuk kemasukan ke MRSM termasuk menjalani Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM),” katanya dalam sidang akhbar bersama Nooraziah sekeluarga di Ibu Pejabat Mara di sini hari ini.

Semalam, balu kepada Allahyarham, Nooraziah berkata, beliau berharap kerajaan dapat mempertimbang bantuan pendidikan buat tiga anaknya sehingga ke peringkat universiti.

Beliau mendakwa sebelum ini, ada pihak termasuk agensi kerajaan menjanjikan bantuan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi kepada anaknya, namun ia tidak ditunaikan biarpun tragedi itu sudah hampir 10 tahun berlalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan sama juga akan diberikan kepada balu lain yang terlibat dalam korban tragedi yang sama dan masih mempunyai anak kecil melanjutkan pendidikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya