Lihat anak bulan Ramadan petang ini - Utusan Malaysia

Lihat anak bulan Ramadan petang ini

TARIKH sebenar bergantung kepada keputusan rukyah dari 29 tapak pencerapan seluruh negara dan pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Proses melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini akan diadakan petang ini.

Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara dijadikan tempat untuk melihat anak bulan tersebut dengan salah satu daripadanya adalah di Kompleks Baitul Hilal, Telok Kemang di sini.

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Amran Awaludin berkata, beliau akan mengetuai Jawatankuasa Ruhyah Hilal Negeri Sembilan yang terlibat dalam proses tersebut melakukan cerapan itu.

“Merujuk kepada Jabatan Meteorologi, berkemungkinan akan mengalami hujan dan agak tipis untuk penampakan anak bulan yang dijangka pukul 7 malam (ini). Bagaimanapun, ia tertakluk pada proses pencerapan nanti.

“Di pihak kami juga akan mengadakan majlis zikir sebelum cerapan anak bulan bagi mempermudahkan proses pencerapan selain turut diadakan seminar mengenai kefahaman falak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, Kompleks Baitul Hilal, Telok Kemang merupakan tiga balai cerap terawal bagi melihat anak bulan negara ini iaitu sejak 1972.

“Cerapan (melihat) anak bulan pertama kali dilakukan bagi menetapkan permulaan puasa seluruh Malaysia dibuat pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Telok Kemang.

“Sebab rekodnya terawal dan sebelum balai-balai cerap lain wujud memang banyak rekod kenampakan positif di sini. Tetapi sekarang ini agak susah sikit sebab dari segi pencemaran cahaya ekoran banyak pembangunan di sekitar Port Dickson,” katanya.

Difahamkan, analisis data cerapan anak bulan yang direkodkan di Balai Cerap Telok Kemang dari 2000 hingga 2022 menyaksikan 275 sesi cerapan telah dijalankan dengan 87 kenampakan positif berjaya direkodkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya