Lelaki ditahan ceroboh landasan  LRT - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan ceroboh landasan  LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA : Tindakan melulu seorang lelaki yang mahu mengambil earphone yang terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Paramount di sini mengundang padah selepas ditahan pihak berkuasa.

Dalam kejadian pukul 9.28 pagi itu, lelaki berkenaan ditahan  Polis Bantuan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu ditangkap selepas penggera landasan berbunyi ketika dia berada di landasan platform 1 (northbound).

“Lelaki itu dikesan mengambil earphone di landasan terbabit hingga menyebabkan tren tergendala tiga minit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu kemudian ditahan kerana menceroboh landasan kereta api.

Katanya, lelaki terbabit dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya