Laungan 'Kami Bersama Abah' bergema di mahkamah

Laungan ‘Kami Bersama Abah’ bergema di mahkamah

Penyokong Muhyiddin berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur mula dibanjiri oleh penyokong-penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak pukul 8.30 pagi. 

Anggaran penyokong yang tiba setakat ini, adalah seramai 200 orang bagi menunjukkan tanda sokongan kepada Muhyiddin. 

Mereka memakai baju-T dengan slogan ‘Kami Bersama Abah’ dan menggunakan tanda pagar #AbahTabah di selempang berwarna merah. 

Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT), Senator Datuk Razali Idris ketika ditemui menjangkakan lebih 1,000 penyokong yang akan hadir hari ini bagi menunjukkan tanda sokongan. 

“Kami berada disini untuk menunjukkan sokongan bahawa beliau (Muhyiddin) tidak bersalah. Isnin depan pun kami akan tunjuk solidariti sebegini,” katanya. 

Semalam, Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Beliau bakal berdepan tujuh pertuduhan mahkamah setelah memberi keterangan hampir sembilan jam semalam.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN