Laporan polis Bersatu tiada asas - Ahmad Zahid

Laporan polis Bersatu tiada asas – Ahmad Zahid

MPP UiTM
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap beliau adalah tidak berasas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu hanyalah bermotifkan politik dan sekadar membuang masa.

Namun, beliau sedia disiasat oleh pihak berkuasa kerana yakin beliau tidak bersalah.

“Ini adalah aduan politik. Masalah politik harus diselesaikan secara politik. Aduan polis tidak akan menyelesaikan masalah.

“Saya seorang yang sangat telus dan sedia disiasat oleh pihak polis kerana kita yakin apa yang diadukan itu tidak ada asas. Asas yang ada hanya pada minda mereka sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa, Anwar dan Ahmad Zahid serta sekutu mereka cuba menjatuhkan kepimpinan PN dan Bersatu bagi melumpuhkan kekuatan politik gabungan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Katanya, antaranya tindakan membekukan akaun bank Bersatu dan mendakwa serta mengheret kepimpinan parti berkenaan ke mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN