ALOR SETAR: Fenomena La Nina lemah yang melanda utara tanah air ketika ini turut memberi kesan terhadap masalah bekalan air yang sememangnya berada dalam keadaan kritikal di Kedah. Syarikat Air Darul Aman (SADA) menerusi satu kenyataan memaklumkan, cuaca kering dan taburan hujan berkurangan sejak sebulan lalu menyebabkan sumber air mentah yang diperolehi dari Gunung Jerai turut berkurang. Kata kenyataan itu, berlaku penurunan mendadak sehingga 50 peratus pengeluaran air terawat di…