Koppema jalin kerjasama pihak swasta bantu ahli

Koppema jalin kerjasama pihak swasta bantu ahli

TIMBALAN Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (tiga dari kanan) bersama Musa Yusof (tiga dari kiri) dan pihak swasta yang terlibat dalam satu majlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Berhad (Koppema) kini mewujudkan kerjasama dengan pihak swasta dalam usaha meningkatkan kualiti taraf hidup ahli dan ekonomi negara.

Pengerusi Koppema, Datuk Musa Yusof berkata, kerjasama tersebut turut menawarkan manfaat perlindungan kepada anggota koperasi pada masa akan datang.

“Kerjasama dengan syarikat yang terlibat dapat mengembangkan sayap dalam beberapa bidang perniagaan lain yang lebih luas selain mewujudkan pulangan maksimum kepada anggota dan industri pelancongan.

“Selain itu, manfaat kerjasama dengan pihak swasta yang dimeterai Koppema ini juga turut diperoleh pihak lain seperti Federasi Koperasi Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad (FKPPDK) yang mempunyai keanggotaan kolektif lebih daripada setengah juta anggota,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak empat syarikat terlibat dalam kerjasama ini antaranya Fastlane Emergency Resources Group Sdn. Bhd., Kirim Bersatu Sdn. Bhd., iMotorbike World Sdn. Bhd. dan Bumijez Sdn. Bhd..

Dalam pada itu, Musa berkata, menerusi kerjasama ini juga Koppema dapat membantu ahli dalam urusan seperti hal khairat kematian, guaman, kewangan, pembelian motosikal, insurans dan pengurusan logistik.

“Semua manfaat ini akan diterima ahli sama ada kakitangan beragama Islam atau yang bukan Islam. Kita akan cuba membantu mereka dalam segenap sudut dengan segala sumber yang ada,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya