Kerjasama Industri dalam kampus bantu tingkat minat mahasiswa dalam industri tenusu

Kerjasama Industri dalam kampus bantu tingkat minat mahasiswa dalam industri tenusu

Tenusu
MOHAMED Khaled Nordin menandatangani plak selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Putra Malaysia dan Farm Fresh Berhad di Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Farm Fresh Bhd.  (FFB) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Agro-Tourism dalam meningkatkan minat mahasiswa untuk menceburi industri tenusu serta menggalakkan generasi muda meminati bidang pertanian.

MoA itu disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Tenusu UPM-Farm Fresh, di sini.

Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, perjanjian itu meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, aktiviti keusahawanan pelajar serta latihan kemahiran berkaitan untuk kakitangan UPM.

“Kerjasama strategik ini memperkukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan bidang penternakan tenusu dan proses berkaitan serta menyemarakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam bidang tumpuan universiti dan industri.” katanya.

Sementara Mohamed Khaled berkata,, kerjasama itu merupakan model kerjasama sektor awam khususnya universiti dengan pihak swasta yang membawa industri ke dalam kampus dan membantu pihak kementerian dalam penyelidikan pendidikan bersama.

“Kementerian juga telah memberi penekanan kepada pihak universiti agar tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata namun lihat juga peluang kerjasama dengan syarikat luar kerana banyak syarikat yang mahu melabur dan  memberi kerjasama dengan universiti supaya kedua-dua pihak mendapat hasil menang-menang bersama.

“Pihak FFB juga menawarkan kerja sambilan kepada pelajar yang mana para pelajar bukan sahaja mendapat ilmu pengendalian haiwan ternakan malah menambah pendapatan mereka dan syarikat juga dapat menilai pelajar yang terbaik untuk menawarkan pekerjaan buat mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, kerjasama industri dalam kampus membolehkan pelajar mengikuti latihan industri dan menimba pengalaman di FFB serta mempersiapkan diri untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.

Dalam pada itu, seorang pelajar UPM yang kini berkhidmat di Farm Fresh Malaysia, Nadiah Nadhirah Roslan berkata pelbagai pengalaman yang telah beliau praktikkan sebagai pelajar Bacelor Sains Haiwan di Fakulti Pertanian UPM termasuklah pengendalian haiwan serta pengurusan dan bidang pertanian.

Rakannya, Muhammad Ammar Azni yang merupakan pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan UPM Kampus Bintulu (UPMKB) berkata, beliau telah mendapat latihan secara amali dari staf FFB untuk memahirkan beliau dalam pengendalian lembu.

“Saya berterima kasih kepada pihak farm Fresh Malaysia dalam memberi tunjuk ajar kepada saya dan untuk saya kerjaya ini adalah menarik keranaya ianya mencabar serta memerlukan kemahiran dalam pengendalian haiwan ternakan,” katanya.

Inisiatif ini juga secara tidak langsung mendukung Matlamat ke-3 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Indusri dan Masyarakat. . – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya