Kerajaan digesa wujud Akta Anti Scam banteras scammer

Kerajaan digesa wujud Akta Anti Scam banteras scammer

SEORANG daripada 100 mangsa yang hadir di IPD Sentul apabila mendakwa ditipu pelaburan saham patuh syariah sehingga kerugian RM100 juta. - FOTO/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendesak kerajaan mewujudkan Akta Anti Scam ekoran undang-undang sedia ada dilihat tidak berkesan bagi membanteras jenayah penipuan. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, satu undang-undang pencegahan khas perlu dilaksanakan ekoran jenayah penipuan atau ‘scam’ kini semakin bermaharajalela. 

“Kita lihat Seksyen 415 Kanun Keseksaan (KK) Seksyen 420 KK yang digunakan untuk jenayah penipuan tidak berkesan malah ‘scammer’ kini seakan tidak takut menipu dan berani untuk menipu mangsa demi mengaut lebih banyak duit.

“Kita sudah ada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 bagi membanteras penyeludupan manusia jadi satu undang-undang yang lebih tegas perlu diwujudkan bagi menangani jenayah ini,” katanya ketika ditemui Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Terdahulu, Hishamuddin bersama kira-kira 100 mangsa hadir di hadapan IPD Sentul membuat sidang akhbar mendakwa ditipu dalam pelaburan saham sehingga mengakibatkan kerugian melebihi RM100 juta. 

Menurut Hishamuddin, pihaknya khuatir kebanyakan kes akan disiasat di bawah kes sivil dan tiada tindakan lanjut (NFA)

Malah, ujarnya, jika disiasat di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), penipu hanya akan dikenakan denda namun terlepas menipu lebih ramai mangsa.

“Masalah utama kita kini adalah mangsa penipuan, scammers kini menggunakan kelompongan undang-undang tertentu untuk melakukan jenayah penipuan. 

“Undang-undang yang ada seakan tidak dapat membela mangsa-mangsa. Saya merayu kepada kerajaan agar ambil perhatian perkara ini agar penjenayah ini dikenakan tindakan lebih tegas termasuk hukuman penjara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya