Kemas kini maklumat peribadi penerima STR - Utusan Malaysia

Kemas kini maklumat peribadi penerima STR

AHMAD Maslan (duduk, tengah) beramah mesra dengan orang ramai yang menjalankan urusan di LHDN Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu mengemas kini maklumat peribadi mereka sebelum 31 Mac ini bagi melancarkan pembayaran fasa kedua sebelum Hari Raya Aidilfitiri.

Timbalan Menteri Kewa­ngan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah tersebut perlu berikutan data-data yang dikumpulkan sebelum ini sudah lama dan terdapat penerima sudah bertukar status.

“Penerima STR diminta mengemas kini maklumat peri­badi bermula 1 Mac lalu. Hal ini kerana data sebelum ini sudah berusia tiga tahun. Ada antara mereka bertukar status seperti bujang kepada sudah berkahwin.

“Pembayaran STR dilaksanakan sebanyak empat kali iaitu fasa pertama bermula 17 Januari, fasa kedua sebelum Hari Raya Aidilfitri, fasa ketiga pada Julai manakala fasa keempat pada November,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan, di sini semalam.

Ahmad berkata, pemohon STR secara manual dan dalam talian di Kelantan setakat ini seramai 806,024 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, permohonan seramai 587,160 diluluskan dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM519,638,850.

“STR kali ini melibatkan peruntukan terbesar yang pernah diberikan iaitu RM8 bilion kepada sembilan juta rakyat. Ia akan memberi manfaat kepada golo­ngan B40 di bawah LHDN selaku agensi pelaksana,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah miskin tegar menerusi data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN