Keluarga Bahagia diberi nafas baharu, Siti Nordiana minta gubahan tidak terlalu moden - Utusan Malaysia

Keluarga Bahagia diberi nafas baharu, Siti Nordiana minta gubahan tidak terlalu moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, kumpulan Saujana berkolaborasi dengan penyanyi, Siti Nordiana menerusi lagu Keluarga Bahagia yang diberi nafas baharu sesuai dengan citarasa pendengar moden.

Anggota Saujana, Suffian Amrin, 42, memaklumkan, kolaborasi tersebut merupakan hadiah untuk peminat yang meminta agar lagu-lagu lama kumpulan tersebut dirakam, digubah dan dihasilkan menjadi versi baharu.

“Saujana telah menerima pelawaan daripada pihak Siti Nordiana dan Seventeen Eleven Music untuk berduet dan akhirnya, ia menjadi. 

“Kalau diikutkan, kerjasama ini merupakan yang pertama dilaksanakan antara kami dengan artis rakaman lain,” katanya.

Keluarga Bahagia merupakan single Saujana yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan berkenaan  berjudul Saujana yang diterbitkan pada tahun 1997.

Lagu tersebut diberi nafas baharu, melibatkan sentuhan penerbit, Zimi. Proses rakamannya membabitkan empat anggota Saujana termasuk Dr. Khairul Idzwan Baharin, 42, Suffian, Azalinor Abd. Rahman, 42 dan Ahmad Zuhaidi Abd Aziz, 44.

Diajak berbicara tentang susunan lagu, kata Suffian, konsep yang diketengahkan merupakan hasil pilihan dan perbincangan Saujana, Siti Nordiana dan pihak penerbit.

“Siti Nordiana meminta agar lagu ini tidak diterbitkan semula dengan konsep yang terlalu moden agar mesej dan emosi yang ingin disampaikan di dalamnya dapat dipelihara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Suffian memaklumkan Saujana akan melunaskan permintaan peminat yang mahu lagu-lagu lama mereka terus diterbitkan semula dengan konsep yang boleh diterima pendengar baharu.

“Ini adalah permintaan peminat, jadi kami akan lunaskan dengan lebih banyak lagu lagi selepas ini. Buat masa ini ada beberapa yang sudah dalam perancangan kami,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya