Kegiatan penuntut kolej edar brownies ganja terbongkar

Kegiatan penuntut kolej edar ‘brownies’ ganja terbongkar

YAHAYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan penuntut kolej yang giat mengedar ‘brownies’ ganja terbongkar apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis di Jalan 9 dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut merampas enam kilogram (kg) kek ganja bernilai RM21,000. 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, siasatan mendapati lelaki warga tempatan berusia 19 tahun telah bergiat aktif menjalankan pengedaran kek ganja sejak tiga bulan lalu.

Katanya, siastaan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca bekalan diperolehi.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia bebas daripada sebarang jenis dadah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes berasingan, menurut Yahaya, pihak polis telah menemukan 56 kg ganja bernilai RM166,000 dalam bekas ditanam kira-kira kedalaman satu meter di kawasan terbiar di Subang Jaya, Selangor, Isnin lalu.

Jelasnya, turut ditahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh kebun.

“Suspek turut berperanan untuk menjaga bekalan dadah yang ditanam tersebut.

“Turut ditemukan satu kg dadah jenis syabu. Hasil ujian saringan awal polis dapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan ahli-ahli sindiket yang terlibat. Jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai RM213,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya