SIK: Seorang pemilik rumah tidak menyangka sepeninggalan mereka sekeluarga untuk berbuka puasa di rumah pusaka bapanya berakhir dengan tragedi apabila rumah mereka hangus terbakar dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua, petang semalam. Mohd. Zarani Abu Seman, 47, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Fazida Yahaya, 47, dan dua anak mereka sedang berbuka puasa di rumah pusaka bapa mereka didiami oleh adiknya, Suhaila Abu Seman, 43, yang jaraknya hanya dua kilometer…