Kanak-kanak maut, separuh badan hancur dilenyek lori - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut, separuh badan hancur dilenyek lori

KEADAAN mayat seorang kanak-kanak dilenyek sebuah lori treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah dekat Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Separuh badan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun hancur akibat dilenyek sebuah lori treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong di sini, kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Mangsa maut serta-merta ketika menaiki motosikal bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia 54 dan tujuh tahun.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Morni Mamat, wanita dan kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 11.25 pagi sebelum menggerakkan sepasukan penyelamat dari Balai Bomba Pelabuhan Klang ke tempat kejadian.

“Mangsa seorang wanita jiran kepada kedua-dua beradik itu membantu membantu mengambil mereka pulang dari sekolah dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda Dash sebelum terlibat kemalangan dengan lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan dan tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.