Kadar pakaian istiadat pegawai awam RM3,500, naik lebih 100 peratus

Kadar pakaian istiadat pegawai awam RM3,500, naik lebih 100 peratus

KERAJAAN bersetuju kerajaan bersektuju Kemudahan Pakaian Istiadat ditambah baik bagi pegawai perkhidmatan awam yang layak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar pakaian istiadat untuk pegawai perkhidmatan awam yang layak semasa menghadiri upacara rasmi dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,500, iaitu kenaikan lebih 100 peratus.

Dalam satu surat edaran yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Mac lalu, penambaikan peraturan ini berkuat kuasa 1 Januari lalu melalui Pekeliling Perkhidmaan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.1.2.2 (Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi).

Menurut surat berkenaan yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, kenaikan kadar pakaian istiadat itu merangkumi pakaian siang dan malam yang boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh tiga tahun dan disokong dengan resit.

“Selaras dengan usaha berterusan memastikan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia adalah kekal relevan dan terkini, kerajaan bersetuju Kemudahan Pakaian Istiadat ditambah baik.

“Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, ceraian ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam surat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya