Jenazah empat beradik dikebumi dalam satu liang - Utusan Malaysia

Jenazah empat beradik dikebumi dalam satu liang

THEIN KO HTUT mengangkat jenazah anaknya untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Jenazah empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahat.

Jenazah Puteri Aisyah Thein Ko Htut, 8, Mohd. Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini pada pukul 8.15 malam.

Terdahulu, jenazah empat beradik berkenaan disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) oleh ahli keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Ibu dan bapa mangsa, Nabila Sedu, 31 dan Thein Ko Htut, 30,  kelihatan sugul dan tidak bermaya tatkala mengiringi jenazah keempat-empat anak mereka.

Malam semalam, media melaporkan empat kanak-kanak malang berkenaan ditemukan maut dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan dalam kebakaran itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya