PETALING JAYA: Jemaah umrah perlu diwajibkan mengambil insurans dalam pakej yang dibeli bagi memastikan mereka mendapat pampasan atau ganti rugi jika terkandas pada hari perjalanan ke Mekah atau jatuh sakit ketika mengerjakan ibadah atas pelbagai faktor tertentu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham menjelaskan, segelintir jemaah yang dilaporkan terkandas sehingga rugi puluhan ribu ringgit selama ini disebabkan mereka tidak mendapat perlindungan sewajarnya. Katanya, perjanjian antara syarikat pengendali dengan jemaah sahaja sudah tidak mencukupi sebaliknya pengambilan insurans juga perlu diutamakan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya