Jejak seseorang guna kamera tersembunyi, GPS tracker boleh jadi kesalahan menghadap

Jejak seseorang guna kamera tersembunyi, GPS tracker boleh jadi kesalahan menghendap

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbuatan menjejaki seseorang melalui apa jua cara boleh menjadi satu kesalahan menghendap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu antara penambahbaikan bagi mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap.

Menurut beliau, penambahbaikan ini khusus bagi menangani kes-kes di mana seseorang dijejaki tanpa elemen secara fizikal oleh mana-mana orang dengan menggunakan apa-apa peralatan atau apa-apa kaedah lain.

Sebagai contoh katanya, kamera tersembunyi atau GPS tracker bagi tujuan menghendap dan si pelaku juga tidak berada berdekatan dengan mangsa ketika melakukan perbuatan tersebut.

Cadangan undang-undang menghendap ini melibatkan pindaan Kanun Keseksaan (Penal Code) [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code) [Akta 593],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata, pasukan bagi mewujudkan undang-undang itu diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dengan mengadakan beberapa sesi bersama beberapa pihak.

“(Ini termasuk perbincangan) dengan Women’s Aid Organisation (WAO), Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara (Bahagian Gubalan dan Bahagian Pendakwaan) untuk menyemak dan meneliti semula mengenai undang-undang menghendap secara menyeluruh.

“Daripada hasil semua perbincangan tersebu,t kerajaan pada 24 Februari lalu bersetuju bahawa perkara-perkara polisi berhubung kesalahan anti menghendap yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan dengan penambahbaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya