Jangan guna RUU355 tutup kelemahan - Pemuda Pas - Utusan Malaysia

Jangan guna RUU355 tutup kelemahan – Pemuda Pas

RUU355
AHMAD Fadhli Shaari dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamad Dewan Pemuda Pas Selangor dekat Parlimen Kota Raja di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung isu pelaksanaan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355).

Beliau dikatakan cuba menggunakan isu tersebut mengelak daripada dipersoalkan tentang ketelusan dalam pentadbirannya apabila melantik individu yang masih berdepan dengan tindakan mahkamah akibat rasuah menjadi anggota kabinetnya.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, isu RUU355 tidak wajar dipolitikkan dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan dengan membawanya ke Parlimen untuk diluluskan.

“Yang dimaklumkan pada kita RUU355 sudah ada MOM (Memorandum Jemaah Menteri) untuk dibentangkan dan sudah di peringkat akhir, tinggal lagi kerajaan yang ada pada hari ini sambung sedikit sahaja untuk dibentangkan dalam Parlimen, kami akan sokong sebulat suara.

“Sudah tentu untuk undang-undang itu mempunyai proses dan progresnya tersendiri, saya sentiasa bertanya setiap kali sidang Parlimen dan dijawab oleh menteri dan timbalan menteri berkaitan agama, perkara itu sedang dalam proses, tidak boleh dilaksanakan secara overnight,” katanya ditemui dalam sidang akhbar, hari ini.

Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Kongres Nasional Khas 2023 PKR semalam membangkitkan peranan pimpinan Pas untuk membawa pindaan tersebut ketika mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memaklumkan, RUU355 sedang dalam proses penyediaan kertas Jemaah Menteri untuk dibawa ke Mesyuarat Kabinet.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menggesa kerajaan tidak melengah-lengahkan lagi proses untuk mendapatkan kelulusan Kabinet untuk dibawa ke Parlimen dan diluluskan.

“Jadi, apabila berlaku pertukaran kerajaan, saya yakin perkara itu sudah ada prosesnya dan saya menggesa supaya meneruskan progres tersebut dan bentangkan dalam Parlimen.

“Beliau hendak larikan daripada isu itu, cuba bawa pula RUU355. Saya fikir rakyat cerdik untuk menilai muslihat politik daripada Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.