Jangan cepat hukum Orozco, Valle

Jangan cepat hukum Orozco, Valle

AKSI Yohandry Orozco ketika membantu Selangor menentang JDT kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Cheng Hoe mempertahankan Ayron del Valle dan Yohandry Orozco yang gagal menampilkan kualiti sebagai pemain import ketika Sela­ngor FC dibelasah 0-4 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya kelmarin.

Biarpun ramai yang sudah menjangkakan Harimau Selatan mampu menjinakkan Gergasi Merah, namun kekalahan de­ngan jaringan besar sukar diterima penyokong Selangor, apatah lagi beraksi di laman sendiri dan tidak kalah dalam empat perlawanan terdahulu.

Cheng Hoe berkata, Valle dan Orozco masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan Selangor dan Liga Malaysia (Liga M).

“Bukan mudah untuk bermain dalam satu situasi permainan terbaik, mereka masih mencari rentak dan peluang untuk menjaringkan gol.

“Bagi barisan kejurulatihan, kami masih yakin dengan kemampuan kedua-dua pemain tersebut, kita masih ada lima perlawanan lagi sebelum rehat bagi memberi laluan kepada Sukan SEA.

“Jadi saya rasa masa rehat nanti peluang terbaik untuk mereka mendapatkan rentak dan keyakinan diri, kita tahu kualiti yang mereka ada,” katanya selepas perlawanan.

PERTAHANAN JDT, Jordi Amat (kiri) bersaing dengan penyerang Selangor, Ayron del Valle dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya kelmarin. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO

Valle, 34, tiba di Selangor bersama reputasi besar sebagai bekas penjaring terbanyak Liga Colombia, namun dia tampak ditenggelamkan barisan bintang JDT sehingga pengulas perlawanan di Astro bertanya soalan ‘di mana penyerang Selangor’

Selain berdepan isu prestasi Valle dan pemain tengah dari Venezuela, Orozco, 31, tindakan Cheng Hoe mengeluarkan bek tengah Jordan, Yazan Al Arab, selain pemain sayap lincah, Faisal Halim turut dipersoalkan penyokong Selangor.

Cheng Hoe bagaimanapun menjelaskan, keputusan itu terpaksa dibuat kerana Yazan sudah menerima kad kuning, manakala Faisal mengalami ­ketegangan otot.

“Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa saya tukar Yazan, kita terpaksa tukar kerana kad kuning, Faisal pula dia minta digantikan sebab ada sedikit kekejangan otot,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya