PELAKSANAAN Industry On Campus (IOC) yang melibatkan Kolej Komuniti dan Politeknik mampu melahirkan bakat-bakat baharu di dalam industri dalam negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata, penglibatan industri dalam memberikan input mengenai keperluan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam pasaran kerja adalah bertepatan dengan konsep IOC.
“Dengan adanya penglibatan dan kepakaran industri termasuk dari segi sumber, peralatan dan mesin-mesin baharu, ia akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik,” katanya dalam sidang media pada Majlis Perasmikan IOC Kolej Komuniti Baling dan Pelancaran Garis Panduan Kriteria Penarafan Berteraskan IOC Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti (JPPKK) Edisi 2023 di Kolej Komuniti Baling, Kedah, baru-baru ini. – UTUSAN