Ikan busuk jadi sajian mangsa banjir?

Ikan busuk jadi sajian mangsa banjir?

KEADAAN ikan yang dibekalkan didakwa mangsa banjir bukan setakat hancur tetapi sudah berbau busuk. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rambai di sini mendakwa, makanan tengah hari yang dibekalkan kepada mereka tidak berkualiti.

Seorang mangsa dari Kampung Batu Gajah Pasir, Zariffudin Abdul Hamid, 45, berkata, isterinya mengalami cirit birit selepas makan nasi berlauk ikan kembung yang dibekalkan, kelmarin.

Menurutnya, ketika membuka pek makanan tersebut, dia mendapati keadaan ikan sudah berbau busuk hingga menyebabkannya membuang juadah berkenaan.

“Saya terpaksa beli makanan di luar untuk isteri dan dua anak saya. Hari ini pun sama nasi, kuah dan sayur boleh makan tetapi malangnya ikan yang diberikan memang tidak boleh dimakan.

“Kalau benda elok saya tidak merungut tetapi sudah dua hari makanan yang dibekalkan langsung tidak berkualiti.

“Saya duduk di PPS bukan minta makan yang sedap-sedap, tetapi biarlah berkualiti. Makan nasi dan sayur pun sudah memadai asalkan selamat untuk dimakan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

JALIL Atan menunjukkan keadaan ikan kembung yang hancur dan berbau busuk yang dibekalkan kepada mangsa banjir di PPS SK Sungai Rambai, Jasin, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Seramai 29 keluarga membabitkan 99 mangsa banjir kini ditempatkan di SK Sungai Rambai sejak Sabtu lalu.

Seorang lagi mangsa, Jalil Atan, 55, dari Parit Penghulu Benteng turut menzahirkan rasa kecewa dan terkilan berikutan isu kualiti makanan yang dibekalkan kepada mereka.

Justeru, dia meminta pihak terlibat terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau kualiti makanan yang dibekalkan kepada penghuni di semua PPS.

“Sejak semalam dan hari ini saya, isteri dan dua anak tiada selera menjamah makan yang dibekalkan kerana ikan sudah berbau. Kami hanya makan nasi dan sayur, saya langsung tidak boleh makan.

“Saya berharap masalah ini diatasi segera agar mangsa banjir di PPS tidak mengalami keracunan makanan,” katanya.

Setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Melaka adalah seramai 598 orang dan ditempatkan di lima PPS di sekitar Jasin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya