Hormati keputusan mahkamah isu SIS Forum - Utusan Malaysia

Hormati keputusan mahkamah isu SIS Forum

SIS
MOHD. ZAWAWI Ahmad Mughni menunjukkan Menu Rahmah di pasar raya besar Aeon BiG Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua pihak diminta menghormati keputusan mahkamah menolak rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa Selangor yang mengisytiharkan organisasi itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, beliau mengambil maklum mengenai keputusan terbaharu rayuan itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

“Peruntukan undang-undang sedia ada jelas mengutamakan keharmonian dan kesucian semua agama termasuk Islam. Bagi pihak yang mencabar isu Islam, saya melihat aspek positifnya adalah kembali ke meja rundingan bagi melihat apa yang diperlukan mereka.

“Saya percaya pengamal undang-undang membuat keputusan terbaik dan ia perlu dihormati atau diterima semua pihak,” katanya ketika ditemui pada program Jualan Rahmah Back To School Peringkat Negeri Selangor di pasar raya besar Aeon BiG Seksyen 23, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan keputusan 2-1 mahkamah itu dibacakan pada prosiding yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Has Zanah Mehat dan dijalankan secara dalam talian.

Turut bersidang, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk M Gunalan. 

Namun, panel itu membenarkan permohonan peguam, Datuk Malik Imtiaz untuk menangguhkan sementara perlaksanaan fatwa tersebut sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Hakim Che Mohd. Ruzima menyatakan rayuan SIS Forum tidak mempunyai sebarang merit dan keputusan majoriti itu juga mendapati tiada sebarang kekhilafan yang dibuat Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membolehkan Mahkamah Rayuan campur tangan.

Pada 27 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya