Hoorrey X Fest Raya: Harga lebih murah dari jualan rahmah

Hoorrey X Fest Raya: Harga lebih murah dari jualan rahmah

HOORREY X Fest Raya mengadakan jualan harga 'pasar malam' dengan kualiti premium kepada rakyat Malaysia sempena Aidilfitri ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selain bazar di Jalan Tunku Abdul Rahman, rakyat Malaysia juga boleh berkunjung ke festival beli-belah, Hoorrey X Fest Raya untuk ‘shopping last minute’ selama 72 jam bermula 19 April ini.

Berkonsepkan harga lebih murah daripada jualan rahmah, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn. Bhd.,  Datuk Mohammad Alif Hakim berkata, harga yang ditawarkan merupakan harga ‘pasar malam’, namun dengan kualiti yang premium.

Malah katanya lagi, harga lebih ‘runtuh’ turut akan diberikan pada malam ketiga terakhir berbanding dua hari penganjuran program tersebut.

“Kita akan buat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), vendor yang ada dengan kita bukan biasa-biasa, contohnya Sogo. Kita juga ada dua syarikat yang baru sahaja mendaftar iaitu syarikat dari Masjid India, Bangi Gateaway, Kenanga yang memang jual barang-barang raya, sehinggakan menicure pedicure pun ada,” katanya pada sidang media, semalam.

Hoorrey X Fest Raya yang akan dianjurkan bakal menyediakan 400 booth dengan pelbagai barangan raya dijual dan 70 daripadanya merupakan booth selebriti.

Festival tersebut juga telah mendapat kerjasama penuh dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner.

Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Cat Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.

Selain itu, pihaknya juga menyediakan pakej ruang niaga kepada syarikat korporat dan berskala besar, mengikut lokasi hotspot yang menjadi tumpuan orang ramai setiap kali festival diadakan.

“Kita ada tiga kategori iaitu RM1,500; RM3,500 dan juga RM12,000. Pakej paling mahal ini ialah booth pulau berukuran 20″ x 20”, biasa disewa oleh penaja jenama kereta dan syarikat korporat yang memerlukan saiz luas.

“Bagi lot RM3,500 pula, walaupun sama saiz dengan Booth Rahman, namun harga ruang niaga mahal sedikit ia dalam kategori sebagai super lot.

“Kenapa tempat-tempat itu mahal, dia ada ‘hot space’ contoh tempat keluar, tempat sesak, tempat orang tergelincir, jadi tempat itu akan jadi hotspot untuk pembelian atau ikut lokasi strategik,” jelasnya.

Katanya lagi, ia bertepatan dengan konsep trending kini iaitu Menu Rahmah, selaras dengan Pendekatan Malaysia Madani yang berkonsepkan ‘Rahmah’ dalam hampir semua program kerajaan yang mengutamakan kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah (B40) kian mendapat sambutan daripada rakyat.

“Boleh dikatakan harga borong (Hoorrey X Fest Raya) kita boleh mengalahkan Jualan Rahmah, tapi terhad dalam tempoh tiga hari sahaja, sehingga malam raya nanti.

“Tinjauan kami mendapati, harga booth yang kita tawarkan paling murah serendah RM1,500 dan mampu milik, berbanding bazar Aidilfitri lain di sekitar Kuala Lumpur,” ujarnya.

Majlis Perasmian dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Boy di talian 011-3573 3060, Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya