KUALA NERUS: Hasil tanaman padi di kawasan seluas 12,000 hektar di Terengganu masih tinggi dan dapat menampung keperluan 60 peratus tahap sara diri penduduk di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pencapaian tersebut berikutan pengeluaran padi di negeri ini mencatat purata 5.2 tan metrik sehektar. Katanya, pencapaian tersebut meletakkan negeri ini berada di tempat kedua selepas Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang dengan pengeluaran yang dihasilkan 5.6 tan metrik sehektar. Katanya, walaupun kebanyakan kawasan sawah di negeri ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya