Hanya dua jam cipta lagu baharu

Hanya dua jam cipta lagu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENGAMBIL tempoh selama dua jam menyiapkan lagu baharu merupakan usaha yang perlu dibanggakan dan menuntut kreativiti yang tinggi. 

Pencapaian itu dibuktikan oleh pendatang baharu, Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 21, yang merupakan anggota kumpulan boyband, Da Unknown menerusi ciptaan lagu baharu, Cinta Hati. 

Pada mulanya, Momo berkata, dia kering idea untuk menghasilkan naskhah baharu. Namun selepas mendengar dua judul lagu dari Indonesia dan Korea Selatan, akhirnya menjentik idea untuk menampilkan elemen yang belum pernah diterokai. 

“Alhamdulillah selepas dua jam mengerah idea, saya berjaya menyiapkan lagu Cinta Hati. Boleh dikatakan lagu ini antara karya paling cepat saya siapkan sepanjang hidup. 

“Menerusi lagu ini juga saya sudah membahagikan bahagian yang perlu dinyanyikan oleh setiap anggota kumpulan supaya proses rakaman berjalan dengan lebih mudah dan cepat,” katanya. 

Selepas kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) yang meraih lebih 2.1 juta tontonan di YouTube serta single kedua, Tersakiti yang mendapat lebih 110,000 tontonan, kini kumpulan itu tampil dengan single ketiga bertajuk Cinta Hati.

Selain Momo, kumpulan itu dianggotai tiga anak muda lain iaitu Izmeer Ibrahim (Izmeer), 20; Ameer Nor Azam (Ameer), 20 dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 19.  

Cinta Hati hasil ciptaan sepenuhnya oleh Momo mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita yang diminati dalam diam. 

PROSES RAKAMAN SINGKAT 

Ditanya keunikan lagu itu, Ameer berkata, lagu itu berbeza dengan single kedua berjudul Tersakiti dan yakin lagu terbabit akan mudah diterima oleh peminat.

“Ketika mendengar melodi lagu ini, saya dapat rasakan peminat akan menyukainya. 

“Malah peminat yang mendengar akan berasa diri mereka sedang jatuh cinta walaupun mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman itu lagi,’” katanya.

Melihat keakraban empat sahabat ini di media sosial, maka tidak hairanlah Da Unkown mudah mencipta keserasian dan faham selok-belok dunia nyanyian.

Kata Izmeer, proses rakaman tidak memakan masa yang lama memandangkan ini adalah single ketiga mereka.

“Ketika proses penggambaran muzik video, kami sudah tahu apa yang ingin dibuat. Walaupun masing-masing memiliki idea berbeza untuk muzik video ini, tapi kami berjaya mencapai kata sepakat untuk setiap idea yang dicurahkan.

“Secara peribadi, saya menikmati proses penggambaran muzik video ini dan boleh dikatakan kali pertama kami berjaya menemui jalan cerita yang menarik dan tersusun. Saya seronok apabila semuanya berjalan dengan lancar,” katanya. 

Dalam pada itu, Zaq berharap lagu Cinta Hati dapat diterima ramai dan mencipta fenomena baharu selepas kejayaan Jangan Marah (Baby Sayang).

“Saya harap lagu ini akan digemari ramai kerana melodinya cukup romantis dan akan menggembirakan hari-hari anda. 

“Saya juga berharap lagu ini akan meletup seperti Jangan Marah (Baby Sayang) atau mencetuskan fenomena baharu.

“Jutaan terima kasih kepada peminat yang sehingga kini menyokong perjalanan karier muzik kami. Saya berharap lagu ini akan menjadi hadiah terindah kepada anda,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya