PERLAWANAN futsal persahabatan antara Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dan Unit Promosi Kesihatan (UPK) berlangsung meriah dalam suasana kekeluargaan di Arena Futsal UTC Kangar, Perlis baru-baru ini.
Perlawanan tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara dua pihak di samping memupuk budaya sukan dalam kalangan peserta.
Dalam pada itu, Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar berkata, aktiviti sukan dalam kalangan pengamal media di Perlis terus aktif dengan pelbagai penganjuran diadakan.
“Aktiviti sukan ini dapat memberi peluang kepada ahli dan agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam perlawanan persahabatan mengeratkan ukhuwah,” katanya. – UTUSAN