Empat suspek dituduh samun wanita - Utusan Malaysia

Empat suspek dituduh samun wanita

Samun
S. Vijaya Rao menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang anggota polis pada Perhimpunan Sambutan Hari Polis Ke-216 peringkat IPD Klang Utara dekat Balai Polis Kapar, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang wanita dekat tepi jalan dekat Pekan Kapar pada 16 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua suspek ditahan dan empat daripadanya sudah pun dituduh di mahkamah sementara dua lagi menjadi saksi.

“Samun Pekan Kapar memang ada tangkapan dan kes itu sudah selesai, dan sudah tuduh. Kena tangkap enam orang, empat suspek dan dua saksi kes. Kes sudah selesai,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Sambutan Hari Polis Ke-216 peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini.

Sebelum ini, polis menahan tiga lelaki berusia 36 hingga 43 tahun di sekitar Taman Sentosa pada 1 dan 2 Mac lalu berkait kejadian samun tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, tiada petunjuk baharu ditemui polis bagi mengesan suspek seorang lelaki berkaitan kes penemuan mayat di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana pada 11 Januari lalu.

Menurut Vijaya Rao, maklumat terkini yang diperolehi hanyalah berkaitan identiti mangsa yang merupakan warga Bangladesh dikenal pasti melalui pengecaman dan makluman daripada majikan tempat lelaki berusia 30-an itu bekerja.

“Perkembangan siasatan setakat pertemuan polis dengan majikan, belum dapat kaitkan lagi dengan suspek siapa yang lakukan jenayah. Tiada saksi baharu. 

Setakat ini cuma ada seorang wanita yang kebetulan lalu di situ nampak insiden pembuangan guni dari sebuah kereta Honda Civic yang kebetulan lalu dekat sana. Mayat itu pun disyaki sudah empat hari sebelum ditemui apabila keadaannya sudah reput.

Terdahulu, pada perhimpunan tersebut, Vijaya Rao menyampaikan 56 surat penghargaan kepada anggota dan pegawai pelbagai pangkat IPD Klang Utara, ahli Persatuan Keluarga Polis (Perkep), persatuan penduduk dan komuniti sekitar Klang Utara dan pengamal media.

Turut menerimanya adalah Wartawan Utusan Malaysia, Mohamad Athir Ismail dan Iskandar Shah Mohamed.

“Mereka bantu polis dalam aspek pencegahan jenayah, berkolaborasi dalam aktiviti komuniti seperti kepolisan komuniti, mereka bantu polis dalam pencegahan jenayah. Saya harap kerjasama seperti ini berterusan dan bukan setakat hari ini sahaja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.