Eh,bercinta semula ke? - Utusan Malaysia

Eh,bercinta semula ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja Riena Diana, ramai mengakui senang dengan sikap mesra dan mudah bergaulnya. 

Tidak banyak kerenah. Kalau ditanya, dia tenang menjawab. Taklah bimbo sangat kan. Tetapi baru-baru ini, ada yang terkejut apabila ternampak kelibat pelakon itu bersama bekas teman lelakinya di sebuah acara hiburan. 

Sudah bersama semula kah? Kalau kembali bercinta, kenapa tiada gambar bersama? Bukan apa, Riena sebelum ini pun tidak menyembunyikan hubungannya dengan teman lelaki dipercayai seorang usahawan berjaya. 

Dia senang berkongsi gambar, video mereka. Tidak ada sorok apa-apa. Cuma bila dia mengaku sudah putus cinta, ramai yang terkejut. 

Entah apa sebab dan puncanya, cerita putus cinta itu terkubur begitu saja sehingga kelibat mereka bersama diperkatakan warganet. Poklip bukan mahu menyebelahi Riena pun, tetapi mungkin ada sebab dia tidak mahu terlalu beria-ia bercerita tentang hubungan cintanya yang kembali bertaut. 

Mungkin dia mahu lebih berhati-hati. Orang kita bukan boleh percaya, buat baik pun dikecam apatah lagi jahat. Lantas, demi mengelakkan sebarang kecaman, pelakon itu diam-diam sahaja. 

Siapa nampak, buatlah andaian sendiri. Sejujurnya, Poklip tidak ada masalah jika ada artis yang sakan bercinta. 

Nama pun manusia, ada hati dan perasaan. Takkan kita nak persoalkan. Kalau bercinta semula pun, itu adalah hak peribadi mereka. 

Tetapi yang buat meluat adalah pasangan pelakon yang bermati-matian menafikan sedang bercinta namun bila berdua, dipanggilnya sayang dan baby. 

Tak ke kita rasa nak muntah dengan sikap begitu? Dik, 2023 orang dah tak kisah tau. Nak bercinta ke nak kahwin ke, orang suka sahaja. Lainlah kalau sudah beristeri, sibuk cari perempuan lain. Itu memang mengundang cercaan dan kecaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.