'Datuk Roy' disambung reman kes Jana Wibawa

‘Datuk Roy’ disambung reman kes Jana Wibawa

TAHANAN reman terhadap Datuk Roy disambung semula di Mahkamah Majistret, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran menyambung reman terhadap seorang lelaki dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan berkaitan program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perintah reman selama empat hari bermula 17 hingga 20 Mac ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas menerima permohonan lanjut reman daripada SPRM pagi tadi.

Sebelum ini, suspek bersama dua lagi individu direman selama tiga hari bermula 14 Mac lalu hingga hari ini selepas ditahan kira-kira pukul 3 petang sehari sebelumnya ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan reman lanjut terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya