DAP tegah lantikan politik dalam GLC - Utusan Malaysia

DAP tegah lantikan politik dalam GLC

DAP
DAP bersetuju Perdana Menteri melantik ahli politik untuk memegang jawatan namun terhad kepada badan berkanun sahaja
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: DAP mengambil pendekatan fleksibel terhadap dasar dan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan ahli politik dalam agensi kerajaan termasuk badan berkanun dan syarikat berkaitannya (GLC).

Menurut Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook, DAP bersetuju Perdana Menteri melantik ahli politik untuk memegang jawatan namun terhad kepada badan berkanun sahaja.

“Namun kita (DAP) tidak bersetuju mana-mana lantikan politik di dalam GLC. Malah, Perdana Menteri memaklumkan pada saya bahawa beliau tidak ada niat untuk membuat pelantikan politik dalam mana-mana GLC,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2023.

Terdahulu, terdapat sebilangan ahli politik yang akan dilantik untuk menganggotai agensi kerajaan dilaporkan, antaranya adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad yang dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Selain itu, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Amanah, Mohd. Sany Hamizan akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pula sebagai Pengerusi Tekun.

Walau bagaimanapun, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berharap orang ramai dapat membezakan antara entiti dalam badan berkanun dan GLC.

“Agensi badan berkanun berbeza dengan GLC, yang mana GLC adalah syarikat yang terlibat dalam perniagaan. Dalam kementerian saya pun, saya tidak membuat sebarang pelantikan politik dalam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),” tegasnya. – UTUSAN

ANTHONY Loke Siew Fook (tengah) pada sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2023, di Klang, Selangor, hari ini. – UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya