Cukai taksiran kediaman Putrajaya dikurang 5, 20 peratus - PM

Cukai taksiran kediaman Putrajaya dikurang 5, 20 peratus – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan pengurangan cukai taksiran fasa 2 di Putrajaya kepada pemilik kediaman strata (selain rumah mampu milik) sebanyak 5 peratus dan pemilik kediaman teres sebanyak 20 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan cukai taksiran ini diberikan kepada kediaman yang siap dibina selepas tahun 2017, di mana potongan diberikan terhadap jumlah cukai taksiran yang dikenakan.

Menurut beliau, ia melibatkan sejumlah hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas tahun 2017 yang akan mula dilaksana mulai 1 Julai 2023 sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya.

“Saya ambil peduli keluhan daripada pemilik harta selain rumah mampu milik di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Pengurangan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Malaysia Madani melalui elemen Ihsan yang seterusnya dapat dipanjangkan kepada ruang lingkup lebih luas bagi mengurangkan beban yang ditanggung penduduk dalam mendepani kos sara hidup khususnya kepada golongan M40 yang memiliki kediaman strata dan teres di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pada 22 Disember tahun lalu, Anwar mengumumkan pengurangan cukai diberikan kali pertama kepada premis kediaman yang siap dibina pada 2017 sehingga kini dan melibatkan hampir 8,500 unit kediaman.

Ia melibatkan semua pemilik kediaman berharga bawah RM300,000 di Putrajaya diberikan potongan cukai taksiran 30 peratus mulai awal Januari lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya